Janji pembangkang wujudkan sejuta peluang kerja kabur: Subramaniam
PETALING JAYA: Janji pakatan pembangkang menerusi manifestonya untuk mewujudkan sejuta peluang pekerjaan dianggap Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam sebagai kenyataan biasa dan kabur.
Beliau berkata, sebaliknya kerajaan Barisan Nasional (BN) menyediakan hampir sejuta peluang pekerjaan kepada rakyat sejak Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) diperkenalkan kerajaan.
"BN menyasar menyediakan 3.3 juta peluang pekerjaan menjelang 2020 melalui 12 sektor NKEA.
"Setakat ini, sejak kita mulakan (NKEA) antara dua dan tiga tahun lalu, kita telah mencapai sasaran menyediakan kira-kira 320,000 peluang kerja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar 'HR Capability Building for SMEs: Creating Performance-Driven Culture in Organisations', di sini, hari ini.
"Apa yang saya baca hanyalah pakatan pembangkang mahu sediakan sejuta peluang kerja namun perinciannya tiada dari segi tempoh masa mereka akan capainya, jenis pekerjaan dan skala, semuanya tidak dinyatakan. Jadi itu hanya satu kenyataan," katanya.
Beliau berkata, BN memperjelaskan setiap yang dijanjikan bagi memudahkan sasaran itu dicapai.
- BERNAMA